Monday, April 18, 2011

MINGGU 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

  • www.yahoo.com
  • www.yahoo.co.uk
  • www.yahoo.com.my
  • www.google.com

  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :


  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
  • masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

  • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET

  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Tajuk

Peribahasa Melayu

URL: http://www.karyanet.com.my/bahasa/

URL

http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a

Sinopsis

Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di

Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.


  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
  • Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk

URL

Sinopsis


0 comments:

Post a Comment